top of page

Lawatan Rasmi ke Lembaga Koko Malaysia

  • techfrix
  • Aug 15, 2016
  • 1 min read

Saya dan Menteri MPIC, YB Datuk Seri Mah Siew Keong, telah menghadiri Lawatan Kerja ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi Koko KKIP, Lembaga Koko Malaysia (LKM), bertempat di KKIP Sabah.

Sepanjang sesi lawatan kerja, saya dan YB Menteri diberi taklimat oleh pihak LKM mengenai aktiviti dan perkembangan industri koko di Malaysia seterusnya melawat Makmal Bioteknologi LKM dan merasmikan Makmal Rintis Coklat Fasa 2 yang merupakan salah satu projek pembangunan di bawah RMK ke-10.

Makmal tersebut dibina bertujuan untuk memberikan latihan dan kemudahan kepada usahawan coklat buatan tangan dalam menghasilkan produk coklat buatan tangan mereka sendiri. Makmal Rintis Coklat Fasa 2 ini dilengkapi dengan mesin memprosesan blok coklat dan bilik pembuatan coklat buatan tangan. Semoga usaha rancak ini mampu memberikan outcome yang positif pada industri koko negara. Insya Allah.


 
 
 

Comments


Subscribe for Updates

Congrats! You're subscribed.

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2016 YB Datuk Hj Datu Nasrun Datu Mansur

bottom of page