Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor
- techfrix
- Aug 11, 2016
- 1 min read
Hari ini, 11 Ogos 2016, saya telah dijemput untuk menghadiri majlis Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Turut hadir YB Tuan Anyi Ngau, Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan YBhg. Dato' Dr. Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah MTIB.
Antara petikan ucapan saya yang ingin saya kongsikan adalah pencapaian industri perabot negara yang ramai tidak ketahui; "Malaysia adalah pengeluar perabot ke-8 terbesar di dunia dan produk perabot negara dieksport ke lebih 160 negara. Pada tahun 2015, nilai eksport yang direkodkan bagi perabot kayu dan rotan adalah sebanyak RM7.32 bilion".































Comments