Anugerah Citra LKTN 2016
- techfrix
- Aug 4, 2016
- 1 min read
Selepas mendengar taklimat pada sebelah petang, saya dan YB Menteri MPIC telah menghadiri Anugerah Citra Lembaga Kenaf Tembakau Negara 2016.
Dalam majlis ini,LKTN turut menghargai jasa dan pengorbanan pekerja dengan memberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Penghargaan Pesara dan Sijil Inovasi. Sijil Penghargaan Kepada Sektor Awam dan Swasta juga turut diberikan kepada syarikat tempatan yang menyumbang terhadap industri kenaf Negara di peringkat Nasional dan Antarabangsa.
Majlis ini telah diserikan dengan persembahan dan nyanyian tradisional Negeri Kelantan. Syabas dan tahniah kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.























Comments