Rumah Terbuka Aidilfitri 2016
- techfrix
- Jul 16, 2016
- 1 min read
Alhamdulillah saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana diberikan kesihatan dan kekuatan untuk saya menyambut Aidilfitri bersama keluarga besar saya di Silam. Di Syawal tahun ini juga saya berkesempatan untuk mengadakan majlis rumah terbuka dengan meraikannya bersama rakyat setempat. Ramai yang hadir dengan baju raya yang cantik-cantik belaka. Ada juga yang datang membawa ibu serta ayah dan tidak ketinggalan anak-anak kecil yang sungguh gembira meraikan Aidilfitri untuk tahun ini. Saya dan isteri serta keluarga besar saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Semoga Syawal kali ini memberi seribu makna kepada kita semua. Insya Allah.
Comments