Lembaran Baru Bermula
- techfrix
- Jun 28, 2016
- 1 min read
Hari ini, tanggal 28 June 2016, bermulah lembaran baru hidup saya. Penuh syukur saya panjatkan kepada Ilahi di atas anugerah yang dikurniakan Nya. Hari ini saya telah mengangkat sumpah dan diberi mandat bagi menjawat jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) secara rasminya. Tanggungjawab ini akan saya galas bersama-sama YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di samping Datuk M Nagarajan, Ketua Setiausaha Kementerian. Sektor komoditi memang rapat dengan jiwa saya di mana, di kawasan saya sendiri terdapat pekebun-pekebun kecil komoditi yang selalu berjumpa dengan saya dengan pelbagai kisah suka dan duka di dalam rutin harian mereka. Insya Allah, dengan mandat yang diberikan, saya akan terus memberikan yang terbaik bukan sahaja pada kawasan saya, malah pada negara Malaysia. Sama-sama doakan saya.
Comments